Tips Kesihatan


Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah Dan Cepat

Lelaki kacak tidak sukakan wanita berjerawat. Semenjak dari dulu jerawat memang menjadi permasalahan utama bagi wanita. Rasanya masalah jerawat hadir pada muka memang tidak disukai ramai termasuk cik tom sendiri. Muka cik tom ini memang jenis berminyak dan berjerawat. Macam2 tips dan produk yang telah cik tom cuba untuk mengatasinya. Kali ini cik tom nak kongsikan Tips Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat tanpa guna produk kecantikan dan juga bahan kimia yang berbahaya. Segala tips cara hilangkan jerawat dalam entry ini pernah dicuba sendiri oleh cik tom masa sekolah dan belajar di universiti.


1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato

Buah tomato ini mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.

2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis

Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Kalau takde madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan kalau first time cuba letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis ini panas. Kalau dah biasa boleh sapuan tebal. Tapi kulit kayu manis memang paling mujarab untuk cuba. Cuma kelemahan panas dan bau rempah yang kuat. hee…

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya

Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Yang penting berterusan. Paling cik tom suka sapu lidah buaya ini memang best sebab menyejukkan kulit muka.

4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi

Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru di bilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah. Ini tips paling mudah sekali untuk amalkan dan memang menjadi pada diri cik tom. Muka pun sejuk je bila sapu ubat gigi pada jerawat.

5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur

First, pisahkan kuning telur dengan putih telur. Just ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda dan diam selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab timbulnya jerawat. Selepas itu cuci dengan air suam. Selain itu, telur putih ini boleh buang blackhead dan whitehead dengan korang rendamkan tisu dengan telur putih kemudian tampalkan tisu pada hidung. Selepas kering, tengok blackhead dan whitehead melekat pada tisu. Kelemahannya bau hanyir pada telur tapi tips ini pun menjadi cik tom amalkan.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Tips ini rajin cik tom cuba masa sekolah dulu, ambil segenggam pucuk jambu batu (korang jangan pulak ambil daun yang tua, kesian muka.hehe) dan gulungkan pada tangan . Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air suam. Cik tom suka bau pucuk jambu batu wangi.

7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras

Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.
Semua orang pasti tidak suka jerawat, lebih-lebih lagi jerawat di muka yang menggangu penampilan diri. Selain itu, parut jerawat biasanya tidak hilang dengan mudah dari wajah kita.
Yang penting untuk amalkan tips ini kena rajin dan konsisten. Tahap keberkesanan setiap kaedah yang diamalkan bergantung kepada beberapa faktor seperti kesesuaian dengan individu, jenis kulit, kekerapan amalan dan paling penting kita hanya berusaha namun Tuhan yang menentukan. Untuk mengetahui mana satu kaedah yang sesuai kita kenalah usaha untuk mencubanya Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat ye!

Petua Meningkatkan Daya Ingatan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Amalkan Pengambilan Produk Kesihatan Smart Naco
Saya syorkan anda mengambil Susu Skim berkolostrum IgG Plus bersama Spirulina dan juga Bio-Young Plus!!!


InsyaAllah, niat yang baik pasti akan mendapat hasil yang diberkati!

Bagaimana untuk Hidup Sihat dan Awet Muda


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sewaktu usia semakin memanjat tinggi, perubahan fizikal semakin ketara. Kedutan di wajah, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, tubuh badan semakin membongkok, dan kekuatan fizikal yang terhad. Keadaan ini membuat kita takut untuk menghadapi masa tua.

Setiap orang akan menghadapi masa tua jika umurnya panjang. Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang, 'sediakan payung sebelum hujan'. Proses ketuaan setiap orang itu berbeza. Ia bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan.

Kini terdapat pelbagal rawatan kecantikan, perubatan moden mahupun tradisional yang menawarkan wajah kekal cantik biarpun sudah dimamah usia. Di samping itu, banyak panduan diberikan untuk tampil sihat dan cergas. Ada yang sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk kelihatan cantik, sihat dan cergas.

Ada kalanya gaya hidup seseorang membuatkan dirinya nampak lebih tua, seperti mengambil minuman keras, merokok, pengambilan makanan berlemak, diet tidak seimbang, tekanan, dan mempunyal sikap negatif. Manakala individu bersikap positif dan mempunyai psikologi yang sihat dapat melambatkan proses penuaan.

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN :

1. Diet dan makanan tambahan - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.

2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma 3K dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh.

3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.

4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.

5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.

7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.

8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.

9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.

10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda.



Tips Merawat Gatal Kulit Kepala

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya :

1. Masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air .
2. Hancurkan daun rambutan .
3. Setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati .
4. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. 
5. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali



Tips Kurangkan Kesakitan Sakit Gigi

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya :
1. Ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. 
2. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.

Thank you because read my Little Story